Home » , , , » Gambar Majlis Pernikahan Adam AF Dan Fiza 'Elite'

Gambar Majlis Pernikahan Adam AF Dan Fiza 'Elite'

Dengan sekali lafaz, penyanyi Adam AF dan Fiza 'Elite'  selamat bergelar suami-isteri.






SHAH ALAM: Dengan sekali lafaz, penyanyi Adam (Akademi Fantasia 2) dan bekas anggota kumpulan Elite iaitu Fiza selamat bergelar suami-isteri dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di dewan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di sini, pada pagi Khamis.

Akad nikah disempurnakan Pegawai Pendaftar Nikah Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad kira-kira pukul 10.30 pagi.

Pengantin perempuan diwakil walikan oleh, Abd Halim Abd Aziz, 59.

Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 32, menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan sepersalinan barangan untuk solat sebagai hantaran.

Majlis pernikahan yang dijalankan dalam serba sederhana itu hanya dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak dan wakil media.




Majlis akad nikah penyanyi Adam (Akademi Fantasia 2) dan bekas anggota kumpulan Elite, Fiza yang diadakan di dewan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Shah Alam, pada pagi Khamis.

 
Fiza dan Adam saling kenal mengenali pada pertengahan Julai lalu sebelum kedua-duanya memutuskan untuk berumahtangga.

"Kami sebelum ini pernah berjumpa tetapi tiada apa-apa perasaan tapi selepas perubahan dia kearah menjadi insan yang lebih baik saya mula rasa ingin mendekati dirinya.

"Daripada beberapa pertemuan dengan dia, saya semakin suka dan jatuh hati sehingga melamarnya untuk dijadikan isteri yang sah," kata Adam.

Tambah Adam, dia bersyukur majlis berkenaan berjalan lancar selain selesai mengharapkan hubungan itu kekal ke akhir hayat.

Fiza yang kini sudah berhijrah dengan memakai tudung pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata iaitu Ferra Aryana Ahmed Farriq, 3, dan Feeya Adyrra Ahmed Farriq, 2.

Majlis persandingan pasangan itu akan diadakan pada pertengahan Oktober depan di kampung halaman Adam di Kota Kinabalu, Sabah.


p/s : Admin GosipSensasi mengucapkan, Selamat Pengantin Baru dan semoga berbahagia sehingga keakhir hayat..Aminnn


0 komentar:

Posting Komentar

Diberdayakan oleh Blogger.