Arianie (kiri) dan Hattan
Pada Februari lalu laporan media menyebut penyanyi Datuk Hattan akan berkahwin semula dengan bekas isteri pertamanya, Arianie Mohd. Abidin, pada Jun ini.
Bagaimanapun beritahu penyanyi Biso Bonar ini dalam Kosmo! hari ini, beliau merancang menikahi Arianie pada 15 Ramadan ini. Dan terfikir untuk mengadakan majlis resepsi pada hari jadi anak kami, Adam, iaitu 21 Ogos.
"Saya tidak jumpa wanita lain yang boleh dijadikan isteri. Kami juga sudah serasi bersama. Seluruh keluarga saya juga tidak mahu orang lain selain dia (Arianie)", katanya yang akan mengadakan majlis resepsi dalam suasana sederhana.
Menurut Hattan, dia lebih suka mereka berkahwin pada 15 Ramadan kerana mahu menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama. Pasangan itu mahu melupakan perkara silam dan buka lembaran baharu untuk hidup bersama.
Tambahan anak tunggal mereka, Adam Eiman, 15, menyambut baik akan keputusan ibu bapanya itu mahu berkahwin semula.
Hattan bersama anaknya, Adam Eiman
Hattan dan Arianie pernah berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu secara rasmi pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor.
Penyanyi dari Seri Menanti, Negeri Sembilan itu juga pernah berkahwin untuk kali kedua dengan Noorfarashikin Othman pada 11 November 2011 tetapi berpisah dua bulan kemudian.
0 komentar:
Posting Komentar