Nurul Wahab Nikah Esok
Posted by admin
Posted on 03.45
with No comments
Saat ini, pastinya hati insan bernama Nurul Huda Abdul Wahab atau mesra disapa Nurul, 35, sedang berbunga-bunga, gembira bercampur gementar (MD dah macam tukang tilik la pulak...), menanti detik bahagia. Kurang lebih, 24 jam saja lagi penyanyi hitam manis ini bakal menamatkan status ibu tunggal yang telah dipegang selama enam tahun. Penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Azali ni bakal berkahwin dengan jejaka pilihannya, Eric Depp atau nama Islamnya Eric Daniel Depp, 47, seorang berketurunan Perancis.
Acara ijabkabul akan berlangsung di satu majlis penuh eksklusif sekitar jam 10.30 pagi (Rabu) bertempat di Dutches Place, Jalan Ampang. Dijangka seramai 200 tetamu jemputan yang akan hadir.
Lebih istimewa majlis pernikahan itu nanti akan dilangsungkan dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Perancis sebagai memudahkan pemahaman para tetamu yang datang dari pelbagai bangsa.
Difahamkan ibu bapa bakal suaminya telahpun sampai dari Perancis pada 25 Mei lalu. Begitu juga anaknya Ayu Nazirah, 14 yang juga telah menemani Nurul Wahab bagi membuat persiapan bersama-sama sejak bermulanya cuti sekolah.
Nurul yang bakal menyarungkan persalinan indah rekaan Rizman Ruzaini, manakala bakal suami akan menggayakan sut rekaan Bon Zainal.
Dikhabarkan juga sebanyak enam individu telah sudi untuk menaja perkahwinannya nanti iaitu Rizman Ruzaini, Bong Zainal, Jakel, Zaha Weeding Planner, Deqsha dan Duchess Place.
Bagaimanapun pasangan ini tidak akan mengadakan sebarang majlis resepsi sebaliknya keluarga pihak lelaki akan meraikan perkahwinan mereka dalam sebuah majlis di Bali, Indonesia pada 14 Jun depan.
MD doakan semoga majlis pernikahan nanti berjalan dengan lancar dan selamat pengantin baru (lebih dulu), semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.
- mD
0 komentar:
Posting Komentar